BAHAGIAN I
Objektif:
Objektif tugasan ini adalah untuk menerapkan pengetahuan biokimia yang telah belajar dalam modul NBHS1112. Satu kajian kes yang melibatkan kondisi kesihatan seorang pesakit perempuan berumur 52 tahun di analisa. Maklumat keputusan ujian darah dan laporan tanda vital diberi. Pelajar diminta untuk mengaitkan patofisiologi dan patogenesis bagi penyakit yang telah dikenalpasti dengan opsyen rawatan. Pelajar perlu menganalisa maklumat dengan teliti untuk menilai dan merancang prosedur rawatan. Tugasan ini mengasah kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan dalam situasi yang kompleks. Matlamat tugasan ini adalah untuk menambah baik kemahiran kognitif para pelajar untuk memahami konsep asas biokimia.
Senario:
Puan Suba adalah perempuan berumur 52 tahun yang diagnosis dengan Diabetis Mellitus Jenis II enam bulan lepas dalam pemeriksaan kesihatan rutin. Beliau tidak mengambil ubat untuk diabetes dan dinasihati oleh doktor untuk menjaga pengambilan makanan. Dia bersusah hati mengetahui bahawa dia diagnosis dengan Diabetis Mellitus Jenis II.
Dia berasa terganggu dan tidak mengambil rawatan susulan. Walaupun, dia menjaga makanan dengan baik dan membuat senaman secara teratur. Seringkali, sakit di lutut menyebabkan dia tidak dapat bergerak secara bebas. Secara mental, dia menghadapi gangguan emosi disebabkan kecacatan ini. Maka dia hilang fokus dalam diet yang betul. Dia mengambil minuman bergula dan makanan yang tidak sihat. Motif beliau adalah untuk mengurangkan berat badan dan mengurangkan tahap gula dalam darah.
Dalam pemeriksaan, tahap gula dalam darah adalah 22.9 mmol/L [normal:3.9-6.1 mmol/L] dan HbA1c: 11% [normal <6.5%]. Dia merasakan bahawa dirinya menghadapi stress disebabkan oleh keputusan ujian darah.
Beliau telah dimasukkan ke wad dan selepas kemasukan keputusan tanda vital yang berikut direkodkan.
Tinggi | 167cm |
Berat | 105kg |
Tekanan Darah | 140/80 mmHg |
Kadar denyutan | 95 beats/min |
Kadar respirasi | 22 breaths/minute |
Suhu | 36.7 ºC |
SpO2 | 97% |
Keperluan: