MPU3192: Bincangkan Falsafah Di Sebalik Filem Tersebut Dan Kaitkan Dengan Falsafah Praktikal Dalam Kehidupan

Questions

a. Bincangkan falsafah di sebalik filem tersebut dan kaitkan dengan falsafah praktikal dalam kehidupan anda sebagai pelajar dan pekerja.

b. Kenal pasti bagaimana etika falsafah Konfusianisme diterapkan dalam filem ini. Jelaskan berserta contoh yang ditunjukkan dalam fiem tersebut.

c. Pilih mana-mana DUA dialog daripada filem yang paling menyentuh perasaan anda. Beri justifikasi sebab-sebab anda memilih dialog tersebut. Kaitkan pemilihan dialog dengan falsafah hidup anda. Sertakan minit bagi setiap dialog yang dipilih.

d. Berdasarkan soalan a, b dan c di atas, anda diminta memindahkan (transform) isi-isi penting jawapan anda dalam bentuk infografik. Maklumat infografik seperti berikut:

i. Anda bebas membina infografik sama ada membina menggunakan aplikasi dalam talian (online) atau aplikasi sedia ada seperti powerpoint, Ms Word, Acrobat Reader dan lain-lain. ii. Hasil infografik anda hendaklah dimuat-turun dalam bentuk PDF serta perlu dihantar dalam bentuk salinan PDF (soft copy). Infografik tersebut hendaklah terdiri daripada perkara-perkara berikut: i. Tajuk ii. Isi kandungan (pengetahuan)/ konsep / istilah: jelas dan berkesan. iii. Idea yang saling berkaitan antara kandungan. iv. Kata kunci (keyword) / Idea utama yang tepat dan sesuai. v. Kekemasan (Label & Ciri-ciri). vi. Penyusunan/aturan. vii. Jenis tulisan / saiz tulisan yang sesuai / jelas. viii. Garis panah (anak panah) / branch / linkage yang mempunyai hubungan antara kandungan. ix. Kesesuaian warna. x. Gambar/simbol yang bersesuaian / menarik. xi. Design, Layout / Format yang sesuai / kreatif / menarik.

Tugasan infografik tidak dikira dalam jumlah patah perkataan Tugasan 2 Anda dikehendaki melaporkan pengalaman penemuan anda dalam bentuk refleksi. Laporan tersebut perlu menceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini dengan menggunakan Teknik; Kelebihan (Plus), Kelemahan (Minus) dan Menarik (Interesting). Maklumat adalah seperti di bawah; Kelebihan (Plus): Apakah kelebihan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini?

Kelemahan (Minus): Apakah kelemahan / kekurangan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini? Menarik (Interesting): Apakah yang menarik sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini? Syorkan bagaimana saya memperbaiki bahagian “Minus”. Bagaimanakah saya akan membaiki kelemahan yang secara tidak langsung membantu saya sebagai seorang pelajar dan pekerja. Laporan refleksi anda hendaklah tidak melebihi 3 muka surat. Lihat rubrik yang diberikan untuk keterangan lebih lanjut.

WhatsApp icon